BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, May 2, 2010

Berjaya ke Broga Hills!!

Salam warga Sapangka.

Walaupun kepenatan akibat aktiviti hujung minggu, blog harus di update utk tatapan pembaca budiman. Sebagaimana yang diketahui, warga Sapangka telah mengatur plan utk memanjat Bukit Broga yang terletak di Broga. [maklumat mengenai nya boleh didapati dlm entry sblm ini.] Akhirnya pada tarikh 2 Mei, warga Sapangka yang telah bersetuju sejak awal untuk sama-sama menikmati puncak Bukit Broga, telah berjaya merealisasikan impian masing2..
Memulakan perjalanan jam 6.30 pagi dari Beranang, yang kami anggap awal, rupa-rupanya telah ramai yang mendahului kami kerana keadaan tempat parking di kawasan kebun kelapa sawit telah dipenuhi kereta-kereta lain. Apapun, 4 kereta yang membawa kami telah berjaya di letakkan dengan selamat di kawasan yang telah disediakan. Bayaran RM2 dikenakan bagi setiap kenderaan yang diparking. Perjalanan agak mencabar bagi yang tidak biasa dengan jungle trekking, tetapi kami semua masih bersemangat. Lebih-lebih lagi apabila terlihat kawasan menuju ke puncak yang sangat cantik. Di sini dipaparkan beberapa keping gambar untuk tatapan. Selebihnya, boleh la mengunjungi page Facebook : Sara Specky . Bagi mereka yang ketinggalan untuk join aktiviti sebegini, boleh lah sentiasa melihat update di blog atau Facebook kerana kemungkinan besar, acara hiking ini akan dijalankan lagi. Kali ini untuk melihat sendri matahari terbit..


0 comments: