BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 25, 2009

Sapangka Cemerlang.

Salam..
Tahniah diucapkan kepada beberapa anak Sapangka yang cemerlang dalam pelajaran melalui peperiksaan besar yang telah berlangsung baru-baru ini. Antara yang cemerlang ialah :

Nurul Izzati - PMR 8A
Fareez - UPSR 5A
Nabilah - UPSR 3A2B

Ini tidak termasuk beberapa anak Sapangka yang telah berjaya dalam peperiksaan-peperiksaan bagi tahun-tahun sebelumnya.

Tahniah diucapkan.. Semoga anda akan bertambah cemerlang di masa hadapan. Buat anak-anak Sapangka yang lain, teruskan kecemerlangan dan belajarlah bersungguh-sungguh.

Tuesday, December 15, 2009

Akan Datang!! Family Day...!

Salam..
Diharap agar semua warga Sapangka dan pembaca setia sekalian sihat hendaknya. Satu acara gemilang yang akan melibatkan warga Sapangka bakal berlangsung tidak lama lagi. Ini setelah mendapat persetujuan majoriti ahli yang mahu mengadakan Hari Keluarga Sapangka menjelang tahun 2010. Persetujuan kebanyakkannya telah diberi semasa hari berlangsungnya mesyuarat keluarga pada 12 Dec 2009 yang lepas. Disini juga, saya sebagai wakil Sapangka ingin memohon maaf di atas kelalaian dalam menjemput semua warga yang sepatutnya terlibat dalam mesyuarat berkenaan. Ini kerana, ada beberapa ahli yang tidak mendapat jemputan secara rasmi melalui emel. Di harap kan agar, ahli yang masih belum memberikan alamat emel, supaya segera memberikan alamat emel tersebut melalui saya di alamat saraspecky82@hotmail.com. Sebarang berita atau pemberitahuan akan di edarkan melalui emel dan juga panggilan telefon. Harap maklum. Berbalik kepada rancangan mengadakan Family Day tadi, acara akan berlangsung seperti berikut :

Tarikh : 1 - 3 Januari 2010
Tempat : Banglo KOSWIP, Bt 8, Port Dickson.
Aktiviti : Sukaneka, majlis menyambut hari lahir, BBQ dan juga mesyuarat khas rentetan kepada mesyuarat keluarga yang lepas. (Siapa tak datang, rugi!! Sbb duit fund akan dipulangkan semula kepada yang berkenaan kerana format baru fund akan di guna pakai mulai 2010. Minit mesyuarat akan diedarkan dalam masa terdekat)

Oleh itu, diharapkan agar semua ahli Sapangka dapat hadir memeriahkan majlis yang dijangka gemilang bagi pembukaan tahun 2010. Insyaallah..
TAMBAHAN !!!
Berikut adalah senarai aktiviti bagi warga Sapangka sepanjang DEC 09 - JAN 10 :
25 Dec 2009 - Kenduri di rumah Pak Ngah di Klang. Sempena hari pertunangan Eddy.
26 Dec 2009 - Rombongan peminangan ke Sungai Buloh, Selangor.
27 Dec 2009 - Majlis Hari Lahir Nabilah dan Nabil di Bdr Tun Hussein Onn, Cheras.
1-3 Jan 2010- Family Day Sapangka di Port Dickson, Negeri Sembilan. (untuk makluman, antara yang akan menyambut hari lahir di PD nanti adalah ; Aina, Alia, Paklong dan Anis)
*Minta perhatian kepada semua warga Sapangka yang bersetuju menyertai Family Day di PD agar anda membawa bersama T-Shirt Sapangka.blogspot.com yang berwarna Ungu.
T-shirt ini akan dipakai sepanjang sukaneka berlangsung. Jika tiada tshirt Sapangka yang berwarna Ungu, sila bawa apa2 sahaja jenis tshirt, asalkan ia masih berwarna ungu. Harap maklum.

Wednesday, December 2, 2009

Salam Aidil Adha

Selamat menyambut Hari Raya AidilAdha kepada semua warga Sapangka dan pembaca setia. Pada minggu menyambut Hari Raya Qurban yang lalu, ada beberapa aktiviti yang telah dijalankan. Dipaparkan disini beberapa gambar sebagai bukti. Hehe..

Masak rendang ayam pada petang Khamis.

Memancing udang di kolam memancing udang di Semenyih pada Sabtu malam Ahad.


Hasil tangkapan udang yang sedia untuk di masak.

Udang BBQ.. sedap nye!~ Rugi pada siapa yang tak join acara malam tu.. :p

Udang yang telah siap untuk di ratah!!

Harap maklum.. Ini lah bukti, kelazatan udang yang dipancing, dan di masak serta di makan bersama-sama.. Sedap hingga menjilat jari.. Bersatu teguh, bercerai roboh!

Sunday, November 1, 2009

Selamat Pengantin Baru PakLong~!!

Salam wbt...


Tanggal 31 Oktober 2009 yang lalu adalah hari bersejarah buat PakLong dan ahli keluarga atas kehadiran orang baru dalam kehidupan mereka. Lepas Asar pada tarikh tersebut satu upacara akad nikah telah diadakan di masjid Kampung Daching. Mat Aseh telah selamat diijab kabul kan dengan pasangan nya iaitu Siti Hajar. Semoga perkahwinan ini berkekalan sepanjang hayat dan dilimpahi keberkatan dan kebahagian dari Yang Maha Esa. Selamat Pengantin Baru buat pasangan dan seluruh ahli keluarga. Berikut dipaparkan gambar2 sepanjang majlis buat tatapan.


* kepada kaum keluarga yang membawa kamera pada hari bersejarah berkenaan, seperti biasa anda dikehendaki meng'email' gambar2 berkenaan supaya dapat ditatap bersama2 ahli Sapangka yang lain. Terima Kasih Daun Keladi..

Wednesday, September 30, 2009

Selamat Hari Raya !

Salam Aidilfitri..

Setelah sekian lamanya blog Sapangka tidak di update, kini tiba lah masanya untuk berkongsi kemeriahan dan gambar-gambar sekitar sambutan Hari Raya pada 20 September yang lepas. Kepada warga Sapangka yang mempunyai gambar-gambar sekitar sambutan perayaan yang lepas yang berlainan dari gambar-gambar yang dipaparkan di bawah, sudi lah kiranya meng-email kesemua gambar-gambar ke alamat email berikut : sapangka@gmail.com / saraspecky82@hotmail.com . Selain itu, jika ahli Sapangka ada cerita-cerita menarik yang berlaku seperti open house, hari konvokesyen, masuk U atau apa-apa sahaja yg ingin dikongsi bersama, sila email kan cerita/berita atau gambar ke alamat email yang diberi di atas.. Ini supaya, ia dapat dikongsi bersama dengan warga Sapangka yang lain.. Akhir kata, Selamat Hari Raya AidilFitri.. Maaf Zahir dan Batin kepada warga Sapangka dan pengunjung setia blog Sapangka..

p/s: Ada beberapa gambar yang belum dapat di upload disebabkan masalah network yang lembab. Gambar-gambar akan di upload di lain masa. Sekian, harap maklum..

Tuesday, July 28, 2009

Wedding Apis + Pija

Salam wbt..


Untuk makluman semua, satu lagi majlis perkahwinan telah berlangsung pada 26 Julai 2009 yang lalu di Beranang.. Majlis ini adalah untuk meraikan perkahwinan antara Apis dan Fiza. Apis anak ke 4 dari 5 adik beradik adalah anak kepada Puan Sarinam dan Mohd Nor.. Sebelum majlis persandingan di Beranang, majlis pernikahan telah diadakan di rumah pihak perempuan di Kajang pada 17 Julai. Dan majlis persandingan di Kajang juga telah diadakan pada 18 Julai 2009. Majlis berinai pada malam selepas majlis pernikahan juga telah diadakan dengan penuh meriah. (kepada sesiapa yang mempunyai gambar2 sekitar majlis pernikahan dan majlis berinai, sila emailkan gambar2 tersebut ke alamat sapangka@gmail.com / saraspecky82@hotmail.com supaya gambar2 tersebut boleh dimuatkan dalam blog ini. Ini supaya, pengunjung Sapangka.blogspot yang tidak dapat menghadiri majlis berkenaan dapat berkongsi dengan menatap kemeriahan yang telah berlangsung.. harap maklum.) Di sini juga dipaparkan beberapa gambar sempena majlis yang telah berlangsung. Selamat Pengantin Baru buat Apis dan Pija.. Semoga bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat.. Sekian.

Ini adalah sebahagian dari gambar yang ada dlm simpanan. Sesiapa yang hendak berkongsi gambar2 yang ada padanya, sile emailkan ke alamat email di atas.. Terima kasih.