BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, July 28, 2009

Wedding Apis + Pija

Salam wbt..


Untuk makluman semua, satu lagi majlis perkahwinan telah berlangsung pada 26 Julai 2009 yang lalu di Beranang.. Majlis ini adalah untuk meraikan perkahwinan antara Apis dan Fiza. Apis anak ke 4 dari 5 adik beradik adalah anak kepada Puan Sarinam dan Mohd Nor.. Sebelum majlis persandingan di Beranang, majlis pernikahan telah diadakan di rumah pihak perempuan di Kajang pada 17 Julai. Dan majlis persandingan di Kajang juga telah diadakan pada 18 Julai 2009. Majlis berinai pada malam selepas majlis pernikahan juga telah diadakan dengan penuh meriah. (kepada sesiapa yang mempunyai gambar2 sekitar majlis pernikahan dan majlis berinai, sila emailkan gambar2 tersebut ke alamat sapangka@gmail.com / saraspecky82@hotmail.com supaya gambar2 tersebut boleh dimuatkan dalam blog ini. Ini supaya, pengunjung Sapangka.blogspot yang tidak dapat menghadiri majlis berkenaan dapat berkongsi dengan menatap kemeriahan yang telah berlangsung.. harap maklum.) Di sini juga dipaparkan beberapa gambar sempena majlis yang telah berlangsung. Selamat Pengantin Baru buat Apis dan Pija.. Semoga bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat.. Sekian.

Ini adalah sebahagian dari gambar yang ada dlm simpanan. Sesiapa yang hendak berkongsi gambar2 yang ada padanya, sile emailkan ke alamat email di atas.. Terima kasih.


Sunday, July 5, 2009

Acara gemilang yang berjaya!

Salam.

Seperti yang semua maklum, aktiviti yang dirancang pada 4 July yang lepas telah berjalan dengan lancar dan teratur. Alhamdulillah, kebanyakkan ahli dapat hadir walaupun ada beberapa ahli yang tak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Terima kasih pada yang dapat hadir. Acara pada Sabtu lepas bermula sejak awal lagi dimana kerja-kerja persiapan untuk menyiapkan lauk pauk utk hidangan pada acara malam. Antara menu yang menjadi tumpuan malam itu adalah Ayam Panggang, Udang Goreng Bertepung, dan bihun goreng. Selain itu ada juga kek sempena menyambut hari lahir Muhammad Alif Daniel. Sebelum memula kan acara makan-makan pada malam itu, telah diadakan beberapa acara sukaneka pada sebelah petangnya. Pelbagai aksi dapat dilihat sepangjang acara dijalankan. Antara nya ialah acara mewarna bagi kategori tadika dan kebawah yang diertai oleh Alia, Aina dan Dina. Acara mewarna ini dimenangi oleh Dina, Aina (kedua) dan Alia (ketiga).

Selain itu, diadakan juga permainan Treasure Hunt untuk kanak2 sekolah rendah dan menengah. Acara disertai oleh 6 peserta iaitu :

1) Fatin - (1st)
2) Farhan - (2nd)
3) Syamim - (3rd)
4) Nabilah - (4th)
5) Farah - (5th)
6) Nabil - (6th)

Acara sukaneka yang paling meriah dan mendapat sambutan adalah Boling Buah Kelapa. Permainan sama seperti Boling cuma kelainan dari segi penggunaan bola dan pin. Bola yang digunakan adalah buah kelapa dan pin nya adalah botol mineral. Bukan senang nak membaling buah kelapa ke arah botol mineral yang disusun kerana keadaan buah kelapa yang agak lonjong menyukarkan pergerakan buah kelapa ke arah yang di tuju. Antara yang menyertai acara ini ialah :

Bowling 'Buah klapa' (Remaja)

1) Fikri
2) Kheirul
3) Mala
4) Adik
5) kakak
6) Wani
7) Anis

Bowling 'Buah Klapa' (Dewasa)

1) Bjal - Juara Lelaki
2) C'gee - Juara Wanita
3) M'jo - Saguhati
4) Syamim - "
5) Acoi - "
6) Lyn - "
7) Pak Long - "
8) Yati - "
9) Emi - "
10) Angah - "
11) Ateh - "
12) M'Tua - "
13) Along - "
14) K. Ngah - "

Selepas acara Boling Buah Kelapa, acara terakhir adalah Babacakk! . Acara yang menarik dan lucu ini disertai oleh 2 kumpulan iaitu kumpulan lelaki dan perempuan seramai 5 orang setiap kumpulan. Acara ini dimenangi oleh kumpulan perempuan yang disertai oleh : Adik, Kakak, Wani, Anis dan Mala. Manakala lelaki diwakili oleh Khairul, Fikri, Farhan, Syamim dan Nabil.


Setelah selesai semua acara, menjelang malam, acara yang ditunggu2 adalah waktu makan malam, penyampaian hadiah kepada pemenang bagi acara sukaneka dan majlis menyambut hari lahir Daniel.

Setelah selesai acara makan2 dan penyampaian hadiah kepada pemenang, tiba la pula acara menyambut hari lahir Muhammad Alif Daniel yang ke -3. Terima kasih daun keladi kepada yang sudi menyumbangkan hadiah dan dan bersama-sama meraikan hari lahir Daniel.

Sebelum itu juga, diadakan penyampaian cenderahati sempena Hari Ibu dan Bapa kepada semua ahli Sapangka yang telah menjadi Ibu dan Bapa. Semoga menjadi ibu dan bapa yang penyayang, cemerlang dan gemilang agar dapat mendidik generasi Sapangka ke arah yang lebih baik. Dan semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki serta panjang umur. Acara terakhir selepas itu adalah mesyuarat antara ahli keluarga Sapangka sempena persiapan mengadakan majlis perkahwinan Apis yang akan diadakan pada 26hb Julai ini. Sebelum itu kenduri sebelum majlis nikah akan diadakan di rumah Mak Tuo @ Sarinam pada Khamis, malam jumaat. Apis akan bernikah pada hari Jumaat, 17hb Julai selepas Asar di Kajang. Manakala pada 18hb Julai adalah majlis persandingan di rumah pengantin perempuan di Taman Permai, Kajang. Sebarang pertanyaan boleh lah di usulkan terus kepada wakil tuan rumah. Di harap, agar warga Sapangka dapat sekali lagi bekerjasama dan bergotong royong menjayakan majlis yang akan diadakan. Insyaallah. Akhir sekali, buat tatapan warga Sapangka...

Sekian. Terima Kasih!

*next event - Bowling di Metropoint. Berkemungkinan diadakan pada 2hb Ogos 2009. Sebarang info, sila nanti kan email. Kepada ahli Sapangka yang ingin berdiskusi dan mendapatkan berita dgn cepat atau sekadar ingin mengusulkan cadangan, sila tinggalkan alamat email berserta nama di ruangan comment di bawah.