BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, April 19, 2010

Baca Yaasin..

Salam.
Untuk pengetahuan semua warga Sapangka, memandangkan kita semua sudah sepakat untuk membuat aktiviti hiking pada 2 Mei 2010 di Broga nanti, salah seorang warga Sapangka telah mencadangkan supaya diadakan Majlis Bacaan Yaasin pada malam 1 Mei 2010. Memandangkan ramai yang akan berkumpul pada malam itu, adalah lebih baik kalau diadakan bacaan yaasin yang boleh disedekah kan kepada arwah-arwah yang telah meninggalkan kita.. InsyaAllah.. Sebarang pertanyaan, boleh lah disalurkan kepada Pn. Roziah Md Nor (Cik Uji). Majlis akan diadakan di Teratak Nenek, Beranang.

Monday, April 5, 2010

Our Next Activity - BROGA HILL!

Salam semua warga Sapangka yang di kasihi..


Sebagaimana yang kita semua maklum, hajat untuk menjejak kan kaki ke Broga Hill semakin hampir apabila beberapa ahli telah bersetuju untuk sama-sama melakukan ekspedisi memanjat Broga Hill. Di sini, Sapangka ingin memaklum kan kepada yang masih belum mengetahui tentang 'ekspedisi awal pagi' ini, bahawa kebanyakkan ahli telah bersetuju supaya aktiviti ini dijalankan pada 2 Mei 2010 bersamaan hari Ahad. Semua ahli akan berkumpul dan memulakan perjalanan selepas Subuh antara jam 6.00 atau 6.30 pagi. ( lebih awal, lagi bagus!). Sebelum itu, kepada warga Sapangka yang telah balik ke Beranang pada hari sebelumnya iaitu pada 1 Mei 2010, supaya dapat bersama-sama melakukan warm-up ( spt jogging, poco-poco, aerobik, main badminton etc ) pada sebelah petang, ini supaya kita semua lebih bersemangat untuk melakukan aktiviti memanjat Broga Hill pada awal pagi keesokannya. Jangan lupa untuk memakai pakaian dan kasut yang sesuai. Selipar jepun, korea, siam, india, dan sebagainya, TIDAK DIBENARKAN sama sekali untuk mengelakkan dari perkara-perkara yang tidak diingini. Hanya kasut sukan yang berkondisi baik dan selesa sahaja yang dibenarkan. Sila search di internet, jenis-jenis pakaian dan kasut yang sesuai untuk aktiviti hiking. Sebarang pertanyaan boleh lah diusulkan di grup kita di Facebook. Sekian.


AL-FATIHAH..

Salam.

Diucapkan salam takziah kepada seluruh warga Sapangka di atas pemergian ahli keluarga yang tercinta iatu Puan Fatimah bt Jalin atau lebih dikenali sebagai Makngah di kalangan anak-anak buah nya. Allahyarhamah telah meninggal dunia pada 5 April 2010 pada jam lebih kurang 3.40 pagi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Jenazah telah selamat disemadikan pada jam 12 tengahari. Semoga ahli keluarga arwah dapat menerima berita ini dengan tenang dan redha diatas kembali nya beliau ke sisi Allah. Al-Fatihah..