BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 25, 2009

Sapangka Cemerlang.

Salam..
Tahniah diucapkan kepada beberapa anak Sapangka yang cemerlang dalam pelajaran melalui peperiksaan besar yang telah berlangsung baru-baru ini. Antara yang cemerlang ialah :

Nurul Izzati - PMR 8A
Fareez - UPSR 5A
Nabilah - UPSR 3A2B

Ini tidak termasuk beberapa anak Sapangka yang telah berjaya dalam peperiksaan-peperiksaan bagi tahun-tahun sebelumnya.

Tahniah diucapkan.. Semoga anda akan bertambah cemerlang di masa hadapan. Buat anak-anak Sapangka yang lain, teruskan kecemerlangan dan belajarlah bersungguh-sungguh.

Tuesday, December 15, 2009

Akan Datang!! Family Day...!

Salam..
Diharap agar semua warga Sapangka dan pembaca setia sekalian sihat hendaknya. Satu acara gemilang yang akan melibatkan warga Sapangka bakal berlangsung tidak lama lagi. Ini setelah mendapat persetujuan majoriti ahli yang mahu mengadakan Hari Keluarga Sapangka menjelang tahun 2010. Persetujuan kebanyakkannya telah diberi semasa hari berlangsungnya mesyuarat keluarga pada 12 Dec 2009 yang lepas. Disini juga, saya sebagai wakil Sapangka ingin memohon maaf di atas kelalaian dalam menjemput semua warga yang sepatutnya terlibat dalam mesyuarat berkenaan. Ini kerana, ada beberapa ahli yang tidak mendapat jemputan secara rasmi melalui emel. Di harap kan agar, ahli yang masih belum memberikan alamat emel, supaya segera memberikan alamat emel tersebut melalui saya di alamat saraspecky82@hotmail.com. Sebarang berita atau pemberitahuan akan di edarkan melalui emel dan juga panggilan telefon. Harap maklum. Berbalik kepada rancangan mengadakan Family Day tadi, acara akan berlangsung seperti berikut :

Tarikh : 1 - 3 Januari 2010
Tempat : Banglo KOSWIP, Bt 8, Port Dickson.
Aktiviti : Sukaneka, majlis menyambut hari lahir, BBQ dan juga mesyuarat khas rentetan kepada mesyuarat keluarga yang lepas. (Siapa tak datang, rugi!! Sbb duit fund akan dipulangkan semula kepada yang berkenaan kerana format baru fund akan di guna pakai mulai 2010. Minit mesyuarat akan diedarkan dalam masa terdekat)

Oleh itu, diharapkan agar semua ahli Sapangka dapat hadir memeriahkan majlis yang dijangka gemilang bagi pembukaan tahun 2010. Insyaallah..
TAMBAHAN !!!
Berikut adalah senarai aktiviti bagi warga Sapangka sepanjang DEC 09 - JAN 10 :
25 Dec 2009 - Kenduri di rumah Pak Ngah di Klang. Sempena hari pertunangan Eddy.
26 Dec 2009 - Rombongan peminangan ke Sungai Buloh, Selangor.
27 Dec 2009 - Majlis Hari Lahir Nabilah dan Nabil di Bdr Tun Hussein Onn, Cheras.
1-3 Jan 2010- Family Day Sapangka di Port Dickson, Negeri Sembilan. (untuk makluman, antara yang akan menyambut hari lahir di PD nanti adalah ; Aina, Alia, Paklong dan Anis)
*Minta perhatian kepada semua warga Sapangka yang bersetuju menyertai Family Day di PD agar anda membawa bersama T-Shirt Sapangka.blogspot.com yang berwarna Ungu.
T-shirt ini akan dipakai sepanjang sukaneka berlangsung. Jika tiada tshirt Sapangka yang berwarna Ungu, sila bawa apa2 sahaja jenis tshirt, asalkan ia masih berwarna ungu. Harap maklum.

Wednesday, December 2, 2009

Salam Aidil Adha

Selamat menyambut Hari Raya AidilAdha kepada semua warga Sapangka dan pembaca setia. Pada minggu menyambut Hari Raya Qurban yang lalu, ada beberapa aktiviti yang telah dijalankan. Dipaparkan disini beberapa gambar sebagai bukti. Hehe..

Masak rendang ayam pada petang Khamis.

Memancing udang di kolam memancing udang di Semenyih pada Sabtu malam Ahad.


Hasil tangkapan udang yang sedia untuk di masak.

Udang BBQ.. sedap nye!~ Rugi pada siapa yang tak join acara malam tu.. :p

Udang yang telah siap untuk di ratah!!

Harap maklum.. Ini lah bukti, kelazatan udang yang dipancing, dan di masak serta di makan bersama-sama.. Sedap hingga menjilat jari.. Bersatu teguh, bercerai roboh!