BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, June 22, 2009

Ada apa pada 4hb Julai 09..Tambahan...Bibik Nor balik Kg...

Selain dari birthday Daniel tu, pada pagi tu jugak jam 6.55am Bibik Nor akan berangkat pulang ke kg dia di Jawa, Indon. Dah tak balik lagi ke sini.. Sesiapa yng menyumbangkan apa2 buah tangan bolehlah seikhlasnya melalui Cik Hiya .or nak ucapkan selamat jalan ke.Bibi Nor kata dia tak dapat joint malam tu..

Bon Voyage...

Tuesday, June 16, 2009

Apa Ada Pada 4 Julai 2009??

Salam.

Satu majlis yang boleh dikira meriah dan harap2 nya meriah, akan berlangsung pada 4 Julai ini. Segala cadangan telah dibincangkan melalui email antara Cik Uji, Mak Ijo, Acoi, KakLin dan Sara serta beberapa ahli lain yang mendapat email yg sama tetapi tidak berpeluang untuk membaca, membalas dan memberi idea mungkin kerana email tak sampai, terlalu sibuk atau apa2 sahaja kemungkinan. Berikut adalah beberapa maklumat buat ahli Sapangka yang belum mengetahui mengenai apa yang bakal berlaku pada 4 Julai nanti.



Tarikh : 4 Julai 2009

Masa : 2.00 ptg - lewat malam..

Tempat : Rumah nenek, Beranang.

ATURCARA

2.00ptg
- mula menyiapkan makan malam
* siang ayam, udang
* marinate ayam2
* siapkan bahan2 utk bihun, lauk pauk
* potong buah utk salad buah ( yg ni wat last skali pon x pe..)

7.45mlm
- Bacaan doa selamat oleh PakLong ( lepas solat maghrib..)

8.15mlm
- Majlis Hari Lahir Muhammad Alif Daniel

8.30mlm
- Acara Utama "Makan Malam Sapangka"..dgn tema " Pakaian Tidur".. haha..

9.30mlm
- Majlis "Mother's n Father's Day"

10.30mlm
- Meeting Sapangka (kenduri apis, dll..)

1.00pagi
- Bersurai la kalian.. Paei lalok..!

MENU


1. Ayam Golek ( + sos )

2. Udang Goreng Tepung

3. Nasi Putih

4. ...(tmbah satu lagi lauk berkuah yg biase2)

5. Bihun Goreng*

6. Kek*

7. Salad Buah*

8. Makanan Ringan*

9. Air minuman ( sile suggest )



* akan disediakan oleh family Baharin kerana ia adalah untuk meraikan hari lahir Muhammad Alif Daniel yang ke 3.

Diharapkan agar semua ahli Sapangka dapat meluangkan masa pada tarikh yang tersebut. Disamping majlis hari lahir dan majlis makan2 untuk ahli Sapangka, ada juga mesyuarat untuk membincangkan mengenai hal2 berbangkit dan persiapan sekitar majlis perkahwinan Apis yang akan datang. Semoga dengan kehadiran semua, akan lebih memeriahkan majlis. Sekian.

* Perhatian!!

Diminta semua ahli Sapangka yang mempunyai t-shirt Sapangka.blogspot berwarna Purple/Ungu, anda digalakkan untuk membawa tshirt itu untuk dipakai pada 4 July kerana pada petang sebelum majlis bermula, akan diadakan acara sukaneka untuk kanak2 dan dewasa. Harap Maklum.

Tuesday, June 9, 2009

Gambar-gambar lagi...!

Salam Sapangka..


Harap maklum kepada semua, disini ada lagi gambar2 semasa di Taiping ketika majlis pernikahan, majlis berinai dan persandingan antara Emi dan Hanie... Walaupun tak banyak, tp boleh la dijadikan kenangan. Sesiapa yang ada bawa kamera semasa majlis berlangsung dan nak kongsi gambar2 itu bersama, boleh la berikan link anda kepada admin. Kepada yang nak copy atau sekadar nak 'usha2', boleh la klik ke link ini..


http://picasaweb.google.com/sapangka/KenduriTaiping#




Sekian, terima kasih.


Monday, June 8, 2009

Selamat Pengantin Baru Emi+Hanie!

Salam..Seperti yang semua maklum, satu majlis untuk meraikan dan menyambut menantu sulung Ateh dan keluarga telah diadakan pada 7 Jun 2009 yang lepas. Kemeriahan telah terase sejak selepas upacara akad nikah yang telah berlalu seminggu sebelum itu di Taiping. Majlis penuh meriah telah diadakan di rumah nenek di Beranang. Disini dikepilkan beberapa gambar untuk tatapan tetamu Sapangka..



~Suasana pada petang Sabtu, 6 Jun 2009~




~Suasana ketika kenduri~



Disebabkan gambar2 ni terlalu banyak hingga mencecah 300 keping, penulis tak dapat nak upload kesemua gambar ke blog ini. Tetapi untuk memudahkan ahli Sapangka dan tetamu Sapangka yang nak tengok gambar2 seterusnya, boleh la view di link ini :

http://picasaweb.google.com/sapangka/KenduriEmiHanie?feat=email

Tahniah kepada pasangan pengantin dan tahniah juga kepada ahli-ahli Sapangka yang turut sama berganding bahu bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar dan sempurna. Semoga Allah memberkati usaha kita bersama dan semoga majlis ini dapat merapatkan lagi ikatan silaturrahim antara kita. Insyaallah..