BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, January 26, 2010

Sapangka @Genting

Salam.

Pada 21hb-23hb Jan yang lepas, beberapa ahli Sapangka telah berkesempatan untuk bersuka ria di Genting Highland, Kota Keriangan. Acara ini telah dihadiri oleh beberapa ahli Sapangka sahaja memandangkan tempat yang terhad dan telah memilih hari biasa untuk ke sana. Sejuta maaf diucapkan kepada yang tidak dapat menyertai. Diharap selepas ini akan ada lagi acara seperti ini untuk seluruh ahli Sapangka. Antara yang menyertai program percutian 3 hari 2 malam ini adalah :

1. Gee Md Nor dan family
2. Emie (suami isteri dan adik-adiknya : Hanie, Angah, Mira dan Fara)
3. Cik Shidah dan keluarga ( Sara, Khairul dan Daniel)

Bertolak pada pagi Khamis jam 11, kami semua berkumpul selepas Tol Sebelah Gombak sebelum meneruskan perjalanan ke puncak Genting. Cuaca agak baik pada awal perjalanan, bertukar menjadi hujan lebat selepas melalui gerbang pengawal di laluan masuk ke puncak Genting. Kami meneruskan perjalanan tetapi dengan lebih berhati-hati. Akhirnya kami semua selamat sampai ke puncak Genting pada jam 1 tengahari. Kami semua check in di First World Hotel. 5 bilik telah tersedia buat kami. Seterusnya, acara berjalan-jalan di sekitar hotel (dibawah dan sekitar First World Hotel juga dikenali sebagai Indoor Theme Park Genting).. Di sini disertakan beberapa gambar untuk tatapan. Kepada yang berkeinginan untuk ke sana lagi, boleh lah memulakan perbincangan agar acara seperti dapat dilaksanakan sebaik mungkin.



Makan tengahari di KFC.
Bermain bowling selepas makan tengahari.


Bye bye Genting.... !!~

Tuesday, January 19, 2010

Voucher PD Tiara Beach Resort



Salam...

Kepada ahli2 Sapangka yang ada kelapangan/pitieh nak pakai voucher PD Tiara Beach Resort bolehlah contact Mak Mus. 1 voucher untuk 1 malam. Setiap bulan ada 2 voucher dari jan - oct 2010. Voucher untuk studio aprtm. Nilai pasaran RM220/voucher tapi untuk member sapangka bagi RM150/voucher, kalau ambik 2, diskaun RM30/setiap satu. (untuk cover bayaran bulanan bank je). Contoh dan syarat voucher spt dalam gambar. Kalau nak booking kena 1 minggu advance. Payment dan pengambilan voucher bincang ngan Mak Mus.

Tuesday, January 5, 2010

Family Day berakhir..

Salam..


Alhamdulillah.. segala apa yang dirancang seperti sebelumnya, berjalan dengan lancar dan penuh meriah. Terima kasih diucapkan kepada semua ahli Sapangka yang sudi meluangkan masa bersama-sama untuk memeriahkan acara walaupun cuti persekolahan sudah sampai ke penghujung nya.. Bagi yang mempunyai anak-anak yang bersekolah pada keesokkan hari nya, penat lelah anda semua sangat dihargai.. Semoga perhubungan kekeluargaan antara kita akan menjadi lebih rapat dan mesra hendaknya. Untuk memenuhi permintaan ahli-ahli Sapangka yang mahu melihat antara gambar-gambar sepanjang acara berlangsung, sila skroll ke bawah. Berikut adalah sedikit informasi tentang Family Day yang dijalankan..



Tarikh : 1 - 3 Januari 2010
Tempat : Banglo KOSWIP, bt 8, Port Dickson, N9
Ahli-ahli yang menyertai :


1. Nenek
2. PakLong
3. MakLong
4. Yati
5. Shahril
6. Anis
7. Nazim
8. Baharin
9. Shidah
10. Sara
11. Khairul
12. Daniel
13. Ateh
14. Pak Teh
15. Emie
16. Hanie
17. Angah
18. Kakak
19. Adik
20. Mak Ijo
21. Cik Ina
22. Fatin
23. Syamim
24. Aina
25. Cik Gee
26. Along
27. Nabilah
28. Nabil
28. Mak Jai
30. Cik Ogy
31. Farhan
32. Farah
33. Alia




Gambar-gambar boleh dilihat dengan klik di link ini :

http://picasaweb.google.com/sapangka/FamilyDay2010#

Terima kasih semua! Jumpa lagi!!