BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, April 5, 2010

Our Next Activity - BROGA HILL!

Salam semua warga Sapangka yang di kasihi..


Sebagaimana yang kita semua maklum, hajat untuk menjejak kan kaki ke Broga Hill semakin hampir apabila beberapa ahli telah bersetuju untuk sama-sama melakukan ekspedisi memanjat Broga Hill. Di sini, Sapangka ingin memaklum kan kepada yang masih belum mengetahui tentang 'ekspedisi awal pagi' ini, bahawa kebanyakkan ahli telah bersetuju supaya aktiviti ini dijalankan pada 2 Mei 2010 bersamaan hari Ahad. Semua ahli akan berkumpul dan memulakan perjalanan selepas Subuh antara jam 6.00 atau 6.30 pagi. ( lebih awal, lagi bagus!). Sebelum itu, kepada warga Sapangka yang telah balik ke Beranang pada hari sebelumnya iaitu pada 1 Mei 2010, supaya dapat bersama-sama melakukan warm-up ( spt jogging, poco-poco, aerobik, main badminton etc ) pada sebelah petang, ini supaya kita semua lebih bersemangat untuk melakukan aktiviti memanjat Broga Hill pada awal pagi keesokannya. Jangan lupa untuk memakai pakaian dan kasut yang sesuai. Selipar jepun, korea, siam, india, dan sebagainya, TIDAK DIBENARKAN sama sekali untuk mengelakkan dari perkara-perkara yang tidak diingini. Hanya kasut sukan yang berkondisi baik dan selesa sahaja yang dibenarkan. Sila search di internet, jenis-jenis pakaian dan kasut yang sesuai untuk aktiviti hiking. Sebarang pertanyaan boleh lah diusulkan di grup kita di Facebook. Sekian.


0 comments: