BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, January 26, 2010

Sapangka @Genting

Salam.

Pada 21hb-23hb Jan yang lepas, beberapa ahli Sapangka telah berkesempatan untuk bersuka ria di Genting Highland, Kota Keriangan. Acara ini telah dihadiri oleh beberapa ahli Sapangka sahaja memandangkan tempat yang terhad dan telah memilih hari biasa untuk ke sana. Sejuta maaf diucapkan kepada yang tidak dapat menyertai. Diharap selepas ini akan ada lagi acara seperti ini untuk seluruh ahli Sapangka. Antara yang menyertai program percutian 3 hari 2 malam ini adalah :

1. Gee Md Nor dan family
2. Emie (suami isteri dan adik-adiknya : Hanie, Angah, Mira dan Fara)
3. Cik Shidah dan keluarga ( Sara, Khairul dan Daniel)

Bertolak pada pagi Khamis jam 11, kami semua berkumpul selepas Tol Sebelah Gombak sebelum meneruskan perjalanan ke puncak Genting. Cuaca agak baik pada awal perjalanan, bertukar menjadi hujan lebat selepas melalui gerbang pengawal di laluan masuk ke puncak Genting. Kami meneruskan perjalanan tetapi dengan lebih berhati-hati. Akhirnya kami semua selamat sampai ke puncak Genting pada jam 1 tengahari. Kami semua check in di First World Hotel. 5 bilik telah tersedia buat kami. Seterusnya, acara berjalan-jalan di sekitar hotel (dibawah dan sekitar First World Hotel juga dikenali sebagai Indoor Theme Park Genting).. Di sini disertakan beberapa gambar untuk tatapan. Kepada yang berkeinginan untuk ke sana lagi, boleh lah memulakan perbincangan agar acara seperti dapat dilaksanakan sebaik mungkin.



Makan tengahari di KFC.
Bermain bowling selepas makan tengahari.


Bye bye Genting.... !!~

0 comments: