BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, July 28, 2009

Wedding Apis + Pija

Salam wbt..


Untuk makluman semua, satu lagi majlis perkahwinan telah berlangsung pada 26 Julai 2009 yang lalu di Beranang.. Majlis ini adalah untuk meraikan perkahwinan antara Apis dan Fiza. Apis anak ke 4 dari 5 adik beradik adalah anak kepada Puan Sarinam dan Mohd Nor.. Sebelum majlis persandingan di Beranang, majlis pernikahan telah diadakan di rumah pihak perempuan di Kajang pada 17 Julai. Dan majlis persandingan di Kajang juga telah diadakan pada 18 Julai 2009. Majlis berinai pada malam selepas majlis pernikahan juga telah diadakan dengan penuh meriah. (kepada sesiapa yang mempunyai gambar2 sekitar majlis pernikahan dan majlis berinai, sila emailkan gambar2 tersebut ke alamat sapangka@gmail.com / saraspecky82@hotmail.com supaya gambar2 tersebut boleh dimuatkan dalam blog ini. Ini supaya, pengunjung Sapangka.blogspot yang tidak dapat menghadiri majlis berkenaan dapat berkongsi dengan menatap kemeriahan yang telah berlangsung.. harap maklum.) Di sini juga dipaparkan beberapa gambar sempena majlis yang telah berlangsung. Selamat Pengantin Baru buat Apis dan Pija.. Semoga bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat.. Sekian.

Ini adalah sebahagian dari gambar yang ada dlm simpanan. Sesiapa yang hendak berkongsi gambar2 yang ada padanya, sile emailkan ke alamat email di atas.. Terima kasih.


0 comments: