BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, June 16, 2009

Apa Ada Pada 4 Julai 2009??

Salam.

Satu majlis yang boleh dikira meriah dan harap2 nya meriah, akan berlangsung pada 4 Julai ini. Segala cadangan telah dibincangkan melalui email antara Cik Uji, Mak Ijo, Acoi, KakLin dan Sara serta beberapa ahli lain yang mendapat email yg sama tetapi tidak berpeluang untuk membaca, membalas dan memberi idea mungkin kerana email tak sampai, terlalu sibuk atau apa2 sahaja kemungkinan. Berikut adalah beberapa maklumat buat ahli Sapangka yang belum mengetahui mengenai apa yang bakal berlaku pada 4 Julai nanti.



Tarikh : 4 Julai 2009

Masa : 2.00 ptg - lewat malam..

Tempat : Rumah nenek, Beranang.

ATURCARA

2.00ptg
- mula menyiapkan makan malam
* siang ayam, udang
* marinate ayam2
* siapkan bahan2 utk bihun, lauk pauk
* potong buah utk salad buah ( yg ni wat last skali pon x pe..)

7.45mlm
- Bacaan doa selamat oleh PakLong ( lepas solat maghrib..)

8.15mlm
- Majlis Hari Lahir Muhammad Alif Daniel

8.30mlm
- Acara Utama "Makan Malam Sapangka"..dgn tema " Pakaian Tidur".. haha..

9.30mlm
- Majlis "Mother's n Father's Day"

10.30mlm
- Meeting Sapangka (kenduri apis, dll..)

1.00pagi
- Bersurai la kalian.. Paei lalok..!

MENU


1. Ayam Golek ( + sos )

2. Udang Goreng Tepung

3. Nasi Putih

4. ...(tmbah satu lagi lauk berkuah yg biase2)

5. Bihun Goreng*

6. Kek*

7. Salad Buah*

8. Makanan Ringan*

9. Air minuman ( sile suggest )



* akan disediakan oleh family Baharin kerana ia adalah untuk meraikan hari lahir Muhammad Alif Daniel yang ke 3.

Diharapkan agar semua ahli Sapangka dapat meluangkan masa pada tarikh yang tersebut. Disamping majlis hari lahir dan majlis makan2 untuk ahli Sapangka, ada juga mesyuarat untuk membincangkan mengenai hal2 berbangkit dan persiapan sekitar majlis perkahwinan Apis yang akan datang. Semoga dengan kehadiran semua, akan lebih memeriahkan majlis. Sekian.

* Perhatian!!

Diminta semua ahli Sapangka yang mempunyai t-shirt Sapangka.blogspot berwarna Purple/Ungu, anda digalakkan untuk membawa tshirt itu untuk dipakai pada 4 July kerana pada petang sebelum majlis bermula, akan diadakan acara sukaneka untuk kanak2 dan dewasa. Harap Maklum.

0 comments: